Saturday, March 5, 2011

KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA

KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA

Virgin Coconut oil ataupun dikenali sebagai Minyak Kelapa Dara ini diperolehi daripada buah kelapa muda matang yang terpilih dan dipetik sendiri daripada pokok kelapa demi menjaga struktur molekul atomnya daripada mengalami proses pemecahan atom. Dengan melalui proses-proses khas seperti proses salaian dan pengewapan ia tidak akan merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa dara yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut dan ini merupakan satu kekunci bagi ikatan kimia.

Daripada sumber penyelidikan perubatan, minyak kelapa dara ini terdiri daripada beberapa jenis lemak (fatty acid) yang amat berguna dan berkesan terhadap pembentukan kesihatan manusia. Minyak kelapa dara terdiri daripada 92% asid lemak (medium chain fatty acid) yang merupakan diantara lemak tepu yang terbaik diantara lemak temu lain, khusus untuk kesihatan manusia. Lemak tepu ini mempunyai rantaian panjang fatty acid yang berpekatan tinggi dan mudah diserap ke dalam tubuh yang amat membantu kepada proses penghadaman dan perkumuhan.

Rantaian asid lemak yang dihantar terus ke hati ini akan diproses lalu membentuk kepada satu bentuk tenaga bagi tubuh badan manusia. Melalui kajian, asid lemak ini berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh faktor mikrobial. Di samping itu juga ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan bertindak dalam penyerapan dan perkumuhan magnesium, kalium dan asid amino. Antara asid lemak yang terdapat di dalam minyak kelapa dara ialah Caproic Acid, Caprylic Acid, Capric Acid, Lauric Acid dan Myristic Acid. Pengambilan minyak kelapa dara ini tidak memberikan sebarang kesan toksikologi ataupun farmalogikal, bahkan asid lemak minyak kelapa dara ini menyerupai susu ibu yang kaya dengan sumber asid lemak ini serta lain-lain protein yang baik untuk kesihatan.

Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Minyak Kelapa Dara

1) Meningkatkan sistem imun tubuh badan dan mengeluarkan toksin.

Asid lemak yang terdiri daripada unsur antimicrobial boleh membantu membunuh virus, bakteria, fungi dan parasit. Ini telah ditemui pada tahun 1966 oleh Jon Kabara PhD, melalui kajian beliau, apabila asid lemak dihadam, ia akan dipecahkan kepada bentuk monoglycerida dan asid lemak bebas yang membentuk kepada pengaktifan unsur antimicrobial. Terdapat pelbagai jenis asid lemak yang penting di dalam VICOOIL seperti Lauric Acid, Capric Acid dan Caprylic Acid. Unsur monoglyceride, monolaurin, monocaprylin dan monocaprin yang terkandung di dalam asid lemak inilah yang membantu kepada perlindungan sistem imun tubuh badan manusia. Asid lemak yang terkandung di dalam VICOOIL ini bersifat sebagai anti bacteria dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan toksin di dalam badan. Dengan pengambilan asid lemak VICOOIL, ia boleh meningkatkan kadar metabolisma serta sistem imun tubuh dan tubuh manusia menjadi kuat dan mampu menentang serangan bakteria yang menyebabkan pembentukan toksin. Dengan pengambilan asid lemak VICOOIL, ia mampu bertindak sebagai anti oksidan yang menghalang radikal bebas. Pengambilan asid lemak VICOOIL yang berterusan mampu meningkatkan tenaga kepada tahap yang paling maksimum. Melalui ujian kajian pakar penyelidik, asid lemak minyak kelapa dara telah diberikan kepada beberapa ekor kuda bagi meningkatkan tahap tenaga serta kecekapan kuda semasa berlumba dan keberkesanan dapat dilihat berbanding kuda yang lain. Ia juga digunakan oleh para atlet dalam memberi tenaga yang berpanjangan disamping penggunaan asid lemak minyak kelapa dara di dalam minuman-minuman bertenaga yang terdapat dipasaran. Asid lemak ini bertindak terus ke hati dan di hati ia diproses untuk ditukarkan kepada satu bentuk tenaga. Disamping itu juga ia membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma disebabkan asid lemak mudah diserap dan ditukar kepada tenaga.

2) Membantu memelihara kesihatan hati dan buah pinggang

Asid lemak VICOOIL bukan sahaja membantu mengelakkan kita daripada penyakit hati dan buah pinggang tetapi ia juga digunakan sebagai penyembuhan dalam memelihara kesihatan hati dan buah pinggang. Manakala buah pinggang yang sihat akan terus menapis darah dan menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan melalui urin.

3) Membantu mencegah penyakit jantung

Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestroil di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak VICOOIL membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.

4) Membantu mencegah serangan kanser

Asid lemak VICOOIL digunakan sebagai senjata dalam menentang penyakit kanser. Kenyataan ini bukan sahaja dibuktikan melalui testimoni bahkan melalui kajian perubatan. Dengan pengambilan asid lemak VICOOIL, ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan dengan adanya peningkatan sistem tubuh yang kuat, ia mampu menghalang dan membantutkan pembentukan sel-sel kanser. Dengan pembentukan sistem imun yang kuat, ia menjadi langkah awal dalam mencegah dan merawat bukan sahaja penyakit kanser bahkan penyakit-penyakit lain seperti tumor. Berdasarkan penyelidikan dengan pengambilan asid lemak ia bukan sahaja boleh mengecutkan sel tisu tumor tetapi ia juga menghalang pembentukan dan pembesaran tumor.

5) Memberi nutrisi kepada ibu mengandung, ibu dan bayi menyusu.

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

6) Membantu memberi keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan

Kandungan asid lemak yang terdiri daripada unsur antioksidan amat membantu dalam memberi kesan anjalan kulit dan melambatkan proses penuaan. VICOOIL mampu membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda. Pada saat sel kulit mati, VICOOIL dapat menghilangkan sel mati dipermukaan kulit dan membuatkan kulit lebih halus dan licin.

7) Menurunkan berat badan

Minyak kelapa dara VICOOIL juga mampu bertindak dalam menguruskan berat badan. Ini adalah disebabkan kandungan asid lemaknya yang tidak memasuki saluran darah seperti lelemak yang lain, tetapi ia akan dihantar terus ke hati dan diproses serta ditukarkan kepada bentuk tenaga seperti karbohidrat. Oleh yang demikian, asid lemak yang digunakan untuk membentuk tenaga ini akan menjurus kepada peningkatan kadar metabolisma badan dalam membakar kalori dan secara langsung ia akan membakar lemak badan dan membantu dalam penurunan berat badan.

2 comments:

  1. thank u for sharing this :)

    boleh tak nak tahu cara pengambilan living active vco ni? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Delete